Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Monday, July 15, 2013

Resepi Rendang Asam Ikan Masin/Ikan Bilis


Assalamualaikum.. wbt

Resepi ini memang sejak kecik dah makan.. memang sedap sangat!.. mak selalu guna ikan pari masin or ikan masin yang jenis ada isi , bukan yang jenis keirn untuk garing tu hehehe.. Sebelah kanan bawah , itulah rendang asam ikan masin! ok jom tengok resepi..


IKAN BILIS TUMIS RENDANG ASAM
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan:-
3 genggam ikan bilis (yg siap dibelah, kalau boleh jgn yg jenis masin sgt tuh..)
8 ulas bawang merah - dimayang kasar
4 ulas bawang putih - dimayang kasar
2 cm halia - hiris halus
3 tangkai cili kering - dikerat serong
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/3 cawan air
1 sudu besar cili kering yg dikisar
2 biji cili hijau - dipotong serong
garam dan gula secukup rasa ~ k.nor skip garam
4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga benar-benar garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan cili kering. Kacau sebentar.
Masukkan perahan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kuah surut/pekat sikit.
Masukkan ikan, biar mesra sekejap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (biar ada rasa masam2 sikit)
Bila kuah agak pekat, masukkan cili hijau. Kacau kejap dan tutup api.
Sedia untuk dihidang.


Okey boleh tukar ikan bilis dengan ikan masin mengikut selera :"> .. selamat mencuba!

Tuesday, June 18, 2013

Contest Mereka TAGLINE Jelitawani's


Assalamualaikum.. 

Kali ini Jelitawani's ingin mengalu-alukan anda untuk merekacipta TAGLINE untuk Jelitawani's .. Apa itu TAGLINE .. yakni deskripsi kepada perkhidmatan yang kami berikan.. Jelitawani's hanya nama brand dan kemudian tagline akan menyusul menunjukkan apa itu Jelitawani's atau apa yang dilakukan untuk menggambarkan ciri-ciri yang ada.. Ok suarat-syaratnya..



Syarat-syarat :

1 - Warganegara Malaysia (senang berurusan) , tiada had umur & jantina

2 - Perkataan haruslah minumun 2 perkataan , maksimum 3 perkataan.. Bahasa Melayu @ English

3 - Font & warna memain peranan penting , (warna hanya biru dan pink ).

4 - Perkataan yang dicadangkan haruslah melambangkan kepada apa yg Jelitawani's lakukan.. Perkataan mesti ringkas , padat dan bersahaja  .

5 - Buat entry di blog dengan meletak logo contest di atas , hanya  tulis TAGLINE cadangan anda di bawah logo kami tadi , bold dan large size .. atau

6 - Post kan logo contest di atas dan tulis TAGLINE cadangan anda bersama ke emel jelitawanis2012@gmail.com atau inbox kami di FB Jelitawani's .. mudah kan?



Tarikh tutup sehingga pihak Jelitawani's berjumpa dengan TAGLINE yang bersesuaian.
Hadiah-hadiah menarik akan diberitahu selepas 10 penyertaan .. hurry!!


Selamat mencuba!!


Like Us : Jelitawani's




p/s : first come first, winner!

Saturday, June 15, 2013

Kek Span Pandan


Assalamualaikum..

Ini resepi last year hahah yuyuk buat masa sehari sebelum raya.. so tahun ni nak buat lagi.. sedap okeh.. 1st time buat terus menjadik..gebu geban kek kiteee heeeeee.. jom tengok resepii!




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram
gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...
pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas


Selamat Mencuba!!!


resepi :myresepi
foto : Yuyuk & Photos