Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)
Showing posts with label side dish. Show all posts
Showing posts with label side dish. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Resepi : Bunga Roselle


Assalamualaikum...wbt

Haii semua... kalini nak kongsi sikit..haritu kawan opis ade bagi bunga Rosselle ni.. Bukan tak biasa tengok bunga ni tapi kan yang diluar kebiasaan lah warna nya.. selalu yang jumpa kaler merah n maroon..tpi yang ni kaler hitam /ungu hitam okehh..... amazing sangat dan excited sangat nak masak .. So saya buat syrup dan jem.. jom la tengok hasilnya..





Aku sangat jakunnnnnnnnnnnnnn melihat tumbuhan ciptaanNya ini.. Opismate aku cakap pokoknya ni besar ya amat.. so aku dah simpan biji dia untuk dicambahkan ..










Amazinggg..warna macam Ribena!.. so seiapa bernasib baek pada Raya Haji nanti aku buatkan air ni yer.. minum fresh freshhh xley simpan lama2!..


Cara-cara 

Rosselle
Air
Gula

Rebus Roselle dan masukkan gula..
Kemudian tapis serabut Roselle dan lenyek2 di atas tapis dan kacau semua atas dapur dan isikan gula untuk dijadikan jem..


Selamat mencuba!


Wednesday, September 25, 2013

Resepi : Frittatta ( Kuali Ajaib HIG)


Assalamualaikum...wbt


Pic credit Instagram : Miszyuyu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan ( 2-3 org )

1 sudu besar butter/minyak zaitun
1/2 cawan cili capsicum-hiris/dadu kecil
1/2 cawan bawang besar-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 cawan tomato-dadu kecil
4 biji telur
1/4 cawan air
1 biji tomato-hiris besar2
2 sudu besar parutan mozzarella cheese
Cara-cara

panaskan minyak dalam non-stick pan atas api sederhana. masukkan capsicum, bawang, serbuk cili dan jintan putih. kacau 3-4 min, masukkan tomato dadu. tutup api.
dalam mangkuk, pukul telur dan air. panaskan semula pan tadi bersama bahan2 yg dimasak tadi. curahkan telur keatas bahan2 tadi. biar masak lebih kurang 6-8min. letakkan tomato hiris bersama cheese diatasnya. angkat.
*telur ni juga boleh dimakan bersama tortilla dan letak sos kesukaan anda.


Resepi : myresepi


Saya bakar menggunakan Kuali Ajaib HIG


Selamat Mencuba!

Monday, July 15, 2013

Resepi Rendang Asam Ikan Masin/Ikan Bilis


Assalamualaikum.. wbt

Resepi ini memang sejak kecik dah makan.. memang sedap sangat!.. mak selalu guna ikan pari masin or ikan masin yang jenis ada isi , bukan yang jenis keirn untuk garing tu hehehe.. Sebelah kanan bawah , itulah rendang asam ikan masin! ok jom tengok resepi..


IKAN BILIS TUMIS RENDANG ASAM
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan:-
3 genggam ikan bilis (yg siap dibelah, kalau boleh jgn yg jenis masin sgt tuh..)
8 ulas bawang merah - dimayang kasar
4 ulas bawang putih - dimayang kasar
2 cm halia - hiris halus
3 tangkai cili kering - dikerat serong
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/3 cawan air
1 sudu besar cili kering yg dikisar
2 biji cili hijau - dipotong serong
garam dan gula secukup rasa ~ k.nor skip garam
4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga benar-benar garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan cili kering. Kacau sebentar.
Masukkan perahan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kuah surut/pekat sikit.
Masukkan ikan, biar mesra sekejap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (biar ada rasa masam2 sikit)
Bila kuah agak pekat, masukkan cili hijau. Kacau kejap dan tutup api.
Sedia untuk dihidang.


Okey boleh tukar ikan bilis dengan ikan masin mengikut selera :"> .. selamat mencuba!

Thursday, May 3, 2012

Resepi 14 | Crispy Onion Rings


~*~

sharing happiness thru recipe~





Bahan-bahan ( 3-4 orang )

2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam 


Cara-cara

  •  Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  •  Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  •  Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  •  Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  •  Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  •  Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

Resepi : myresepi




Tuesday, March 27, 2012

Resepi 4 : Egg Rollups


~*~


Bahan-bahan:

6 butir telur gred A
3 sudu minyak masak
100gm isi ayam - dikisar
3 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
Mayonis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Pukul telur dengan sedikit garam.

2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga telur habis.

3. Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.

4. Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.

5. Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.

6. Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos.



Resepi : sajianonline