Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Sunday, April 28, 2013

Lokasi Tempat makan Pilihan 7 : Food Court Plaza Masalam


~*~

Kembali ke Shah Alam untuk review tempat makan best!.. kali ini di Plaza Masalam.. mudah je nak cari.. sebelah Hotel Concorde sahaja ..

Destinasi : Food Court Plaza Masalam 
Menu : Meatball , Fettucini dan banyak lagi .. 
Harga : sangat-sangat-sangat murah!
***** 5 bintang sedap!




Location : Address: Shah Alam, Selangor Seksyen 10
Phone:03-5513 1114


Selamat Berkunjung!

Sunday, April 21, 2013

Resepi - Nasi Ayam


~*~

Weekends lepas buat nasi ayam.. jom tengok resepi..memang senang mudah dan sedap!


Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara

Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi


Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photo

Selamat mencuba!

Lokasi Tempat Makan Pilihan 6 : IKEA


~*~

Halooo.. berjumpa lagi dengan sesi mencari tempat makan! 

Destinasi : IKEA Damansara

Menu : Swedish Meatballs, Cold Water Prawns , Open Face Sandwich , 
Vegetarian Pasta with Tomato Sauce ,and many more






Address: 2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Phone:03-7726 7777
Hours: Sunday hours 9:30 am–11:00 pm 


Happy Viewing~!

Sunday, April 14, 2013

Resepi - Kek Karamel Pelangi


Resepi Kek Karamel Pelangi 

Portion : 5-6 serving






Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

(A) - Bahagian Gula Hangus 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus) *tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel) 1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal. 3/4 cawan gula kastor 1/2 sudu teh esen vanila 3 bj kuning telur * Optional 1 sudu besar tepung kastard

(C) - Lapisan Kek 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3/4 cawan gula kastor 3 biji kuning telur 135ml air biasa 45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque 6 biji putih telur 3/4 cawan gula kastor 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)



Cara-cara

Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. 

Tak payah bakar, biar je. Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan. 

Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar. masukkan gula, pukul sampai hancur. 

Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis. Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit. 

Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek. Sejukkan lagi sedap. 

More info: Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 (berpengalaman).. 

Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek. paham ke? cam gelong2 je info ;p jangan riso bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.



Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photos


Selamat mencuba!