Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Wednesday, May 21, 2014

Sambal Hitam Terhangat di Shoppewanis

Assalamualaikum...wbt

Hai semua.. Saya owner #shoppewanis menyusun jemari ingin membuat promosi, sesiapa tidak mahu terlibat atau tidak mahu tergoda dengan kesedapan #sambalhitam ini tidak dinasihatkan untuk skroll ke bawah yerk :p. Alhamdulillah beroperasi sejak december 2013 dan semakin diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat. Pada mullanya susah jugak nak educate orang yang tak pernah makan #sambalhitam ni , 
Merata aku bagi sample kat area Selangor ni , 

Maaf sekarang dah tiada sample lagi.. Tapi jangan risau , InsyaAllah kalau dah merasa sekali anda akan dapati tak rugi pun beli ni. Kecuali kalau anda bukan pemakan pedas :p. Kebiasaan korang makan or tengok dekat market ialah sambal bilis biasa , sambal bbilis kentang , sambal billis tempe or sambal bilis apa lagi. Tapi yang ni SamBal Hitam ialah Sambbal bilis dengan belimbing buluh.  

Cuba bayangkan rasa dia , ada pedas-pedas cili , ada masin-masin ikan bilis & kicap lepas tu ada masam-masam dari belimbing . Memang terbaik lah. Ada customer bagi feedback katanya sedap nauzubillah sebab #sambalhitam #shoppewanis ni ada chuncky ikan bilis dan banyak , rasa asam dan opkos pedas terlajak :p .. 
Actually ni makana pembuka selera. tak perlu makan dengan terlalu banyak lauk atau gulai , cukup dengan ulam dan ikan atau ayam goreng sahaja . Memang mengundang 3 pinggan nasik! . Memandangkan Ramadhan bakal tiba , kami di #shoppewanis menambahkan cara pembelian kepada untuk pelanggan tidak kira dekat ataupun jauh. 

Kami sebenarnya lebih fokus kepada makanan sahur anda, kadang-kadang ada yang tak selera makan pagi-pagi . tapi dengan ada sambal ini gerenti korang imun so tengahhari ade la tenaga sebab makan sahur cukup! . Dinnasihatkan simpan di dalam peti sejuk InsyaAllah tahan sebulan ramadhan anda tu. Kallau nak makan keluarkann setengah jam awal , biar dia kurang sejuk , makan pula dengan nasi panas-panas tambah telur mata! Perggggggggghh terangkat pinggan :p . 

Jom lihat informasi bagi menambahkan keyakian anda kepada #sambalhitam kami 



#sambalhitam untuk saiz 170gm RM7
minimum order 2bekas utk poslaju


Packaging yang telah diupgredkan 
dari 100gm  RM5 (tak available)
ke 170gm RM7 


Contoh saiz 500gm RM24 
dan contoh pembungkusan sebelom di pos :)
Jangan bimbang bekas terbuka or pecah.


Kita ada 2 pilihan iaitu Basah @ Kering

Basah = sangat recomendded sebab sedap makan dengan nasi 
tetapi perlu simpan di peti ais untuk menjaga kualitinya

Kering = Sesuai untuk dimakan dengan bubur or kepada yang ingin travel 
atau pun untk dijadikan doorgift , dinasihatkan kepada yang tiada peti 
ais sila membeli yang jenis kering 


Lokasi dan cara kami menyebarkan kepada anda :

POSLAJU : RM6 Smjg , RM9 Sbh/Swk

COD : Uitm Seksyen 2 & 18 Shah Alam 

Selfpickup : Depan bustop Ole-ole Shah Alam 

* pengeposan dilakukan pada hari Isnin & Khamis (jika tiada sebarang 
cuti umum, kerana kami taknak poslaju delay dan rosak sambal kami)



Walau apa pon whatsapp / sms kami untuk sebarang pertanyaan , 
jangan dekat Instagram, sebab berulang kali dah pesan 
kat situ memang lambat notis ok.. wasaaapp wasappp !

Yuyu - 0122964302

Akhir kata trademark #sambalhitam Shoppewanis 

" Selera kami , untuk anda"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Instashop 

Instashop 

JELITAWANIS
SHOPPEWANIS

SAMBAL HITAM 

170gm - RM7

Ada setengah kg dan 1kg 
(wasap dulu apa-apa hal okey)
Whatsapp 0122964302

Boleh request nak kering atau basah~!


Saturday, May 17, 2014

Resepi - Ketam Telur Masin


Sharing the happiness thru Recipe..


Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang



BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam bunga
5 biji kuning telur masin
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya.
2. Kemudian gaulkan ketam bersama tepung kanji dan goreng di dalam minyak yang banyak. Toskan dan angkat.
3. Campurkan kuning telur masin bersama mentega dan kemudian masak di atas api. Gunakan api perlahan.
4. Tuangkan sedikit susu cair bersama daun kari. Kacaukan rata.
5. Setelah itu masukkan ketam bersalut tepung kanji dan goreng hingga mesra.
6. Sedia dinikmati.

foto : miszyuyu
info : here

Wednesday, May 14, 2014

Resepi - Siakap 3 Rasa ala Yuyuk


Sharing the happiness thru recipe..

Bahan-bahan (2 orang makan)

Ikan
1ekor ikan Siakap sederhana besar
Garam
Kunyit

Sos 3 Rasa
3Sudu besar Cili Blend
11/2 Sudu Sunquick
2Sudu besar Sos Cili
1biji bawang besar
2tangkai Lada besar
1btg Serai
1/2inci Halia
8biji Cili Padi
1btg Lobak Merah
2potong Nenas(macam buah potong)
Garam,Gula

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara-cara

1. Gaul garam kunyit pada ikan dan goreng garing. Ketepikan
2. Tumis Cili bend sampai pecah minyak
3. Masukkan keemua bahan sos . Masak sehingga empuk
4. Perasakan dengan garam & gula
5. Tuang di atas ikan dan hidangkan






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Selamat Mencuba!


Instashop 

JELITAWANIS
SHOPPEWANIS

SAMBAL HITAM 

170gm - RM7

Ada setengah kg dan 1kg 
(wasap dulu apa-apa hal okey)
Whatsapp 0122964302

Boleh request nak kering atau basah~!


Friday, May 9, 2014

Pisang Cheese Jakarta


Sharing the happiness..

Kali ini  kita kongsi lokasi tempat makan yang meyediakan sesuatu hidangan yang amak menyelerakan dan luar dari kebiasaan.. Susah kot nak jumpa Pisang Cheese nni kalau tak pergi ke restoran ala Indonesia ni..om lihat dekat mana lokasi untuk mendapatkan Pisang Cheese nni!


Pisang Cheese - Messy Chocolate


Pisang Cheese - Chocolate


Layari FB yang tertera ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lokasi 

Tam Nasi Ayam ,

Jalan Pelabur Seksyen 23 
40300 Shah Alam.

( Bertentangan highway LKSA mennghala Uptown Shah Alam , 
Bersebelahan Big AEON Seksyen 23)

Thursday, May 8, 2014

Resepi : Kek Span Pandan


Sharing the happiness thru recipe...



RESEPI KEK SPAN PANDAN
Loyang 20cm

Bahan-bahan:
150 g tepung kek
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
15 g ovallete
1 sk baking powder
80 ml air
80 ml butter cair
Sedikit Perisa Pandan
Sedikit Pewarna Hijau
Cara Menyediakannya :
Ayak tepung bersama baking powder.
Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul ringan.
Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati.
Sapukan loyang 20cm dengan marjerin dan alas dengan cooking sheet.
Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 degree selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas redai sehingga kek sejuk.
Keluarkan kek dari acuan, potong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
Gantikan air dgn air daun pandan untuk rasa dan bau yang lebih harum.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.


Photo : miszyuyu
Source > here

Thursday, May 1, 2014

Resepi - Puding Karamel


Sharing the happiness thru recipe..


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair 
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla




Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais



Foto : Yuyuk & Photo
info : here