Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)
Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Lokasi tempat Makan Best - Burger Kaw Kaw


~~~~~***~~~~***~~~~

Review tempat makan menarik kali ini adalah di Burger Kaw Kaw Wangsamaju!


ni our first try! memang tak habis ok aku nak makan roti dia.. 
padan makan roti atas dengan patty..
yang bawah derma kat si B hikk ..
papepon sedappp dan tak kedekut sos!





Berbaloi dengan harga dia! lagi satu dia ada serve air juga,,
 Mojitos apa tah.. sedap nak mampus.. tak der lah "rasa air masak" 
macam dekat setengah burger restoran tu kan hikss.. 

Kedai kaki lima je..dengan crowd yg ramai.. beratur ok..

► HASSAN ► 012 2506614
(Seksyen 2, Wangsa Maju)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***** PENGUMUMAN*****

#sambalhitam akan dibuka order ,
sila keep in touch dengan 




MEKASEHHH~!


Tuesday, September 16, 2014

Resepi - Spageti Aglio Olio


~~~~~~******~~~~~~~

Shareing the happiness thru recipe



i suka guna Angell Hair..halus dari spagetti biasa


sikit je bahan dia!


SPAGHETTI

1/2 packet spaghetti direbus, kemudian dicelur dgn garam & butter

BAHAN-BAHAN 

2sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih dipotong halus
1/2 labu capsicum di potong dadu
1/2 kilo udang
1/4 kilo sotong
1/4 isi kepah atau lala (optional)
cendawan butang di potong slice (*optional)
Sedikit lada hitam (guna yg biji x perlu ditumbuk)
1 sudu oregano fleks
1 sudu daun parsley fleks
1 sudu cili fleks 
garam dan lada sulah untuk perasa
1 sudu teh pati ayam


CARA-CARA
panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih hingga kekuningan
masukan udang, sotong, isi kepah atau lala dan pati ayam tadi
udang dan kepah otau lala td dah nmpk kemerahan, masukkan lada hitam, capsicum dan cendawan butang td
akhir skali masuk kan spaghetti, garam, lada sulah, cili fleks atau cili padi, oregano fleks, parsley flakes dan kacau hingga rata
kalau spaghetti nmpak kering bleh di gaul kn dgn mnyak zaiton xperlu risau mnyak zaiton tiada kolestrol jd bleh lah tuang kn di spaghetti supaya xnmpak kering


nyums!



Walaupon rasa dia tidak seperti rasa Spageti Aglio Olis dekat Kidz & Creme
 akannn tetapiii ia masih mengenyangkan heheheheheheheh

Foto : IG - @miszyuyu




SELAMAT MENCUBA!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, April 23, 2014

Lokasi Tempat Makan - Bob Republic USJ9


SHaring the happiness.. #happytummy





Killer Ribs yang #Thorbaek tuuuuuuuu 



Burger Love Hate Love




BOB REPUBLIC 

Jalan USJ 9/3E, 47620 Subang jaya, Selangor
(berdekatan dengan PizzaHut Delivery & Restoran Carlos 2 ) 

Bob Republic juga ada cawangan lain iaitu di :-

Penang - Nasi Lemak Liverpool Batu Lanchang Pulau Pinang 
& Taman Tenang 4 Bukit Mertajam

Seri kembangan - 


Selera 5 bintang dengan harga tepi jalan... 

**** 5 bintang!! sangat terbaikkkk


=)

Wednesday, September 25, 2013

Resepi : Frittatta ( Kuali Ajaib HIG)


Assalamualaikum...wbt


Pic credit Instagram : Miszyuyu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan ( 2-3 org )

1 sudu besar butter/minyak zaitun
1/2 cawan cili capsicum-hiris/dadu kecil
1/2 cawan bawang besar-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 cawan tomato-dadu kecil
4 biji telur
1/4 cawan air
1 biji tomato-hiris besar2
2 sudu besar parutan mozzarella cheese
Cara-cara

panaskan minyak dalam non-stick pan atas api sederhana. masukkan capsicum, bawang, serbuk cili dan jintan putih. kacau 3-4 min, masukkan tomato dadu. tutup api.
dalam mangkuk, pukul telur dan air. panaskan semula pan tadi bersama bahan2 yg dimasak tadi. curahkan telur keatas bahan2 tadi. biar masak lebih kurang 6-8min. letakkan tomato hiris bersama cheese diatasnya. angkat.
*telur ni juga boleh dimakan bersama tortilla dan letak sos kesukaan anda.


Resepi : myresepi


Saya bakar menggunakan Kuali Ajaib HIG


Selamat Mencuba!

Wednesday, September 11, 2013

Resepi : Puding Roti ( Kuali Ajaib HIG)


Assalamualaikum..wbt



Pic credit to Instgram: Miszyuyu

Bahan-bahan ( 5 org makan )

10 kpg roti sandwich
45 ml susu cair
2 sb majerin/butter
1bj telur
2 sb tepung jagung/kastad
garam sikit cukup rase, 1 sk serbuk kayu manis ~option
1sk asen vanila (hilangkan bau hanyir)
100grm gula (kisar agar halus dan mudah sebati)
50 gm kismis ~ option
Cara-cara

dalam satu bekas carik2/koyakan roti dan rendam bersama susu cair. biar seketika agar dia meresap
cairkan majerin tadi atas api perlahan
dlm satu bekas lain pukul telur + garam + tepung jagung + asen vanila + serbuk kayu manis + majerin cair + gula + kismis
gaul sebati bersama roti yg direndam dgan susu tadi
masukan dlm bekas ikut kesesuaian. bakar dlm 1jam kalau suka garing bkar lame sikit..ikut kesesuaian..



~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi : myresepi 


Tetapi saya bakar menggunakan kuali ajaib HIG memang ajaib!!

Selamat mencuba!!


Tuesday, June 12, 2012

Smoked Salmon & Veggie Mash


~*~


Bahan-bahan ( 2-3 orang ) *yuyu x guna lidi*

250gm Ikan Salmon
6 batang Lidi Sate

**Bahan-bahan untuk perap**
30ml Soya Sos
30ml Madu
½ sudu kecil halia yg dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1/2 biji Lemon (utk ambil jus)

Cara-cara

Masukan bahan-bahan untuk perap dalam mangkuk besar, gaul sampai rata. Ketepikan.
Ikan salmon dipotong 6 keping yg sama besar.
Perap ikan salmon selama 30 mins. Cucuk sekeping ikan dalam sebatang lidi.
Bakar dalam ketuhar "grill" selama 4 mins, 2 mins untuk sebelah.
Panaskan sos yg digunakan utk perap tadi, hidangkan degan ikan salmon.

Veggie Mash 

1 batang sayur Leek
1 batang lobak merah
2 biji kentang
5 sudu susu segar
secubit garam

Cara-cara

1. Rebus sayur-sayuran sehingga empuk
2. Setelah lembut lecekkan sayuran tadi 
3. setelah hancur dan sebati masukkan susu dan garam dan kacau sebati
4. sedia dihidangkan

Gambar : Yuyuk & Foods
resepi : myresepi





Thursday, May 3, 2012

Resepi 14 | Crispy Onion Rings


~*~

sharing happiness thru recipe~





Bahan-bahan ( 3-4 orang )

2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam 


Cara-cara

  •  Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
  •  Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  •  Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  •  Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  •  Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  •  Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

Resepi : myresepi




Wednesday, April 4, 2012

Resepi 11 : Spaghetti Bolognese


~*~



Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.


NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!


Resepi : myresepi