Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Ayam Penyet versi durhaka lagi..


Assalamualaikum..

Harini teringin nak makan ayam penyet , tapi malas nak keluar cari makan.. bukak peti tengok apa yang ada kita buat.. So ada terung apa kata kita buat sambal terung ala Wong Solo.. jadikk!.. 



Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet 

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.




Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photos

Cara-cara 
Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara 
Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.


Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.




Sambal terung kita buat entry lain yea.. sempit lah kat sini huhu..

 Selamat Mencuba!

Sunday, May 26, 2013

Lokasi Tempat Makan Best - D Arab Cafe


~*~ 

Shah Alam Lagi.. ok dear..jangan boring.. kerana Shah Alam memang tempat makan dia best dan valuable!.. 

Destinasi : Belakang Unisel Seksyen 7 Shah Alam.
Portion : 1 org..tapi boleh 2 orang la
bintang ****** 



Lokasi : Lot 3,Ground Floor,Kompleks Anjung 7,
Jalan Zikron B7/B,Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia

Selamat mencari ya..

Sunday, April 21, 2013

Resepi - Nasi Ayam


~*~

Weekends lepas buat nasi ayam.. jom tengok resepi..memang senang mudah dan sedap!


Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara

Bersih ayam. Potong ikut suka
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi


Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photo

Selamat mencuba!

Thursday, August 2, 2012

Resepi 12 : Ayam Ungkep


~*~



Bahan-bahan ( 10-12 orang )

1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air. Gaul lagi.
Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Gambar : Yuyuk Nak Bebel
Resepi : myresepi



Sunday, April 15, 2012

Resepi 11 : Kari Ayam


~*~


Bahan-bahan ( 8 org )

* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 1/2 sb ketumbar
1 sb jintan halus
3 biji buah keras

* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa


Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.



Gambar : Yuyuk & Photos
Resepi : myresepi