Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Friday, May 31, 2013

Ayam Penyet versi durhaka lagi..


Assalamualaikum..

Harini teringin nak makan ayam penyet , tapi malas nak keluar cari makan.. bukak peti tengok apa yang ada kita buat.. So ada terung apa kata kita buat sambal terung ala Wong Solo.. jadikk!.. 



Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet 

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.




Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photos

Cara-cara 
Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara 
Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.


Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.




Sambal terung kita buat entry lain yea.. sempit lah kat sini huhu..

 Selamat Mencuba!

Sunday, May 26, 2013

Lokasi Tempat Makan Best - D Arab Cafe


~*~ 

Shah Alam Lagi.. ok dear..jangan boring.. kerana Shah Alam memang tempat makan dia best dan valuable!.. 

Destinasi : Belakang Unisel Seksyen 7 Shah Alam.
Portion : 1 org..tapi boleh 2 orang la
bintang ****** 



Lokasi : Lot 3,Ground Floor,Kompleks Anjung 7,
Jalan Zikron B7/B,Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia

Selamat mencari ya..

Sunday, May 19, 2013

Resepi - Agar-Agar Milo Penyeri Susu


~*~

Resepi hari ini adalah pencuci mulut.. Selamat mencuba! Resepi simplest by si bujang hehehe!


Bahan-bahan ( untuk 20 orang makan )

1.5 LITER AIR
1 PAKET AGAR-AGAR
1/2 TIN SUSU PEKAT
7 SUDU BESAR SERBUK MILO
GULA SECUKUP RASA
1 CAWAN AIR PANAS

Cara-cara
Campurkan milo dan susu bersama air panas ... kacau sebati ..dan asingkan ketepi dahulu...
Mula-mula rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak...
kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati
boleh menambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan...
gaul rata...sehingga mendidih..apabila agar-agar sudah beruap,barulah kecilkan api...
setelah agar-agar sudah betul-betul masak...tutup api dan biarkan dalam 20-30 minit.
kemudian barulah bekukan di dalam peti sejuk ...apabila benar-benar beku..sedia untuk dimakan... selamat mencuba!!!!

* yg ini yuyu tambah agar-agar susu untuk menambah seri.. follow your heart!

Info : myresepi
Foto : Yuyuk & Photos


Selamat mencuba! ..

Sunday, May 5, 2013

Lokasi Tempat Makan Best - Satay Kajang Haji Samuri Kompleks PKNS


~*~

Rasa nak makan satay! .. So ke Kompleks PKNS Shah Alam..

Destinasi : Satay kajang haji Samuri opposite Bank BSN
Not bad..sebab b\memang rasa nak makan satay kan..



Banyak menu lain..satau lain2 pon banyak.. aku biasa amek ni je Ayam Sepuloh!Daging Sepuloh! heheh.. Alhamdulillah kenyang.. tapi ada tempat satay yg best gak taw .. kat Seksyen 18 .. area Klinik .. lupa nama dia lah.. cuba cari yek!


Adress : Kompleks Pkns Shah Alam  11 Persiaran Sultan, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
03-5512 5471

Selamat Menjamu mata!