Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Saturday, March 31, 2012

Resepi 7 : Puding Caramel


~*~


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais





Gambar : Yuyuk Nak Bebel
Resepi : myresepi

Friday, March 30, 2012

Resepi 6 : Ais Krim Goreng


~*~



Bahan-bahan:

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak

Cara-cara:

Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.




Resepi : hanamemories

Wednesday, March 28, 2012

Resepi 5 : Puding Marble


~*~



Bahan-bahan ( 5 org )

1 liter air
10g agar-agar
250g gula
100g tepung kastard
2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.



Gambar : Yuyuk Nak Bebel
Resepi : myresepi


Tuesday, March 27, 2012

Resepi 4 : Egg Rollups


~*~


Bahan-bahan:

6 butir telur gred A
3 sudu minyak masak
100gm isi ayam - dikisar
3 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
Mayonis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Pukul telur dengan sedikit garam.

2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga telur habis.

3. Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.

4. Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.

5. Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.

6. Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos.



Resepi : sajianonline

Resepi 3 : Yogurt Cake

~*~


Bahan-bahan ( 18cm )

500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
50ml susu segar
200ml fresh cream
15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap)
5g serbuk gelatin
1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon)
9 keping biskut oreo (96g)
20g butter

Cara-cara
 Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
 Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
 Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
 Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.
 Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.
 Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul
 Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.
 dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.
 Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.
 Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.


Resepi : myresepi

Monday, March 26, 2012

Lokasi Tempat Makan Pilihan 2 : Mama Chop Papa Grill


~*~

Beef Steak with Black Pepper Sos


Chicken Chop with Mushroom Sos

Banana Fritter 

 Lokasi kali ini buat tatapan pembaca, Yuyuk ke Carrefour Seksyen 23 untuk mencari makan steak.. Survey punya survey so terjumpa lah dengan kedai western ni Mama Chop Papa Grill .. ada macam-macam menu dan service sangat pantas..wahh hebat :) .. bagi 5 bintang untuk service.. untuk rasa pula sangat tak kedakut..portion besar sangat dan harga amat berpatuttan! .. kali ini Yuyuk makan beef steak & chicken Chop! sedapp.. lepas ni nak try salmon grilled plak la =) jom ke Mama Chop papa Grill (click here) yang berdekatan dengan anda =)

SHAH ALAM ;-

Carrefour Shopping Center
Jln Dividen 23/6 40460 Shah Alam


=) Happy viewing

Sunday, March 25, 2012

Resepi 2 : Potuguese Egg Tart

~*~


Bahan-bahan ( 6 biji )

1 keping Puff Pastry
*Bahan-bahan A*
1/4 cawan Gula Halus
1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
1/4 cawan Whipping Cream
3 biji Telur Kuning
1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara
Panaskan oven, 200ÂșC.
Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.


Resepi : myresepi

Lokasi Tempat Makan Pilihan 1 : Kyros Kebab


~*~

Bagi membuka segmen lokasi tempat makan pertama di blog Yuyuk & Foods ini, kita mulakan dengan lokasi yang paling dekat dengan aku hehehe.. Yuuuhuuu selamat berinformasi! .. 

Kebab

Chicken Whole Leg


Air Soda gembira 


Ni something cam Chicken Chop tapi xberapa chop..hahah nama dia Grilled Whole leg. dan lagi satu kebab dah lupa nama  .. tapi sedap!.. KYROS KEBAB lokasi ni terletak di Kompleks PKNS Shah Alam..

KYROS KEBAB
Lot 01-121, First Floor, Plaza PKNS, 
Shah Alam, Selangor D.E. 


=) Selamat Menjamu selera~




Resepi 1 : Laksa Simple

~*~


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa

Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).



Resepi : myresepi

Assalamualaikum :)


~*~


Assalamualaikum,
Di sini Yuyuk ingin mengembangkan lagi minat berbelogging Yuyuk dengan membina sebuah lagi blog . Blog kali ini membawakan konsep seperti blogresepi, di mana Yuyuk menampilkan skill memasak pulak, di samping berkongsi petua dan rutin harian di blog Yuyuk Nak Bebel & menunjukkan skil dalam bidang fotografi di blog Yuyuk & Photos ni.. hehehe.. semoga blogresepi/makanan Yuyuk & Foods yang Yuyuk tampilkan kali ini dapat memberi info masakan dan tempat makan yang dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih gembira =)..daaaa..