Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Wednesday, April 30, 2014

Resepi - Agar-agar Strawberry


Resepi Agar-agar strawberry



SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes & Ita Masam Manis
Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry 
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah 

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah 

(yuyu tak buat lapisan coklat)


foto : miszyuyu
info : here 



Selamat mencuba!

Tuesday, April 29, 2014

Resepi - Tepung Bungkus


Sharing the happiness thru recipe





KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam
Daun pisang secukupnya

(Bahan B) Bahan-bahan inti: 
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C (saya tambah)
1 cawan tepung pulut
sedikit air  

Cara:

1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.

3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.

4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).

4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.

6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.

7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.

8. Sejukkan dan hidangkan.





foto : miszyuyu
info : here



Selamat mencubaaa

Wednesday, April 23, 2014

Lokasi Tempat Makan - Bob Republic USJ9


SHaring the happiness.. #happytummy





Killer Ribs yang #Thorbaek tuuuuuuuu 



Burger Love Hate Love




BOB REPUBLIC 

Jalan USJ 9/3E, 47620 Subang jaya, Selangor
(berdekatan dengan PizzaHut Delivery & Restoran Carlos 2 ) 

Bob Republic juga ada cawangan lain iaitu di :-

Penang - Nasi Lemak Liverpool Batu Lanchang Pulau Pinang 
& Taman Tenang 4 Bukit Mertajam

Seri kembangan


Selera 5 bintang dengan harga tepi jalan... 

**** 5 bintang!! sangat terbaikkkk


=)

Wednesday, April 16, 2014

Resepi Kuih Qasidah


Resepi Kuih Qasidah 





KUIH QASIDAH

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula (saya letak 3 1/2 sudu je, salah baca :P)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh air kapur (pun saya silap baca, letak 1/2 je..)

Untuk tabur di atas:
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
3-4 ulas bawang merah - mayang halus

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan iaitu tepung, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk, kacau sebati. (Saya tapiskan dulu baru masuk ke dalam periuk).
2)  Masak dengan api sederhana, kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat (tak melekat).
3) Tuang ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
4) Goreng bawang sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, tuang terus bersama minyaknya ke atas kuih yg disejukkan tadi. Rata2kan bawang dan minyak supaya cantik.
5) Potong bila kuih betul2 sejuk.


foto : miszyuyu
info : here 


Selamat mencuba!

Tuesday, April 15, 2014

Makan di Nasi Daun Pisang Nirwana Maju


Menjelajah lokasi makan sekitar Malaysia....

Cravings of Nasi Daun Pisang , maka cerita pun bermula.. i waze this place...



~Kepada yang inginkan kelainan di dalam menamu selera, 
tempat ini amat di cadangkan ;)

Instagram : @miszyuyu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Restoran Sri Nirwana Maju

Address: 43 Jalan Telawi 3, 59100 Kuala Lumpur, Bangsar
Phone:03-2287 8445

Tuesday, April 8, 2014

Resepi Kek Coklat Lembap


Sharing the happiess thru recipe




Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara

Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Foto : Yuyuk & photos
innfo : myresepi


Wednesday, April 2, 2014

Resepi Nasi Tomato & Ayam Kurma


Sharing the Happiness thru recipe ..

Nasi Tomato 

Bahan-bahan ( 5org makan )

bahan A : untuk nasi
2 pot beras
2 s/b tomato puri
1 labu bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia , bunga lawang, kulit kayu manis , n buah keras(secukupnyer)
planta untuk menumis n garam secukup rasa
bahan B : untuk ayam masak merah
1 ekor ayam
6 s/b cili kisar
2 s/b tomato puri
2 s/b sos cili
1 s/b sos tiram
1 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
2 cm halia **
2 batang serai dititik
1 ketul kiub pati ayam
perase secukupnye


Cara-cara

beras dibasuh bersih n toskan.
tumiskan bawang besar n bawang putih,buah keras,kulit kayu manis,bunga lawang n halia dgn planta sehingga naik bau.masukkan tomato puri.tumis sehingga masak.
masukkan beras n kacau rata.masukkan perase.n masukkan air yg cukup untuk masak beras.lepastu masukkan dlm periuk nasi.klu ikot sukatan sy 2 pot beras : 1.8 kole air.
bahan B : tumiskan bahan berkisar yg bertanda ** sehingga naik bau.masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos tiram ,sos cili , tomato puri.masukkan juga garam gula n perase.
ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.kemudian masukkan kedlm tumisan yg kte masak td.masukkan juga serai yg dititik.
setelah ayam masak,hidangkan dengan nasik tomato td.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayam Kurma 

Bahan-Bahan:

1 kg ayam
4 sudu besar rempah kurma ayam
5 ulas bawang putih*
5 ulas bawan merah*
2 cm halia*
rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
2 cawan santan pekat
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji kentang
1 biji lobak merah (didadu besar)
sedikir air asam jawa


Cara Membuat:

Panaskan minyak
Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
Kacau sebati dan biarkan mendidih
Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa


Foto : Yuyuk&Photo
Info resepi : myresepi