Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Saturday, March 31, 2012

Resepi 7 : Puding Caramel


~*~


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais





Gambar : Yuyuk Nak Bebel
Resepi : myresepi

Friday, March 30, 2012

Resepi 6 : Ais Krim Goreng


~*~



Bahan-bahan:

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak

Cara-cara:

Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.




Resepi : hanamemories

Wednesday, March 28, 2012

Resepi 5 : Puding Marble


~*~



Bahan-bahan ( 5 org )

1 liter air
10g agar-agar
250g gula
100g tepung kastard
2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.



Gambar : Yuyuk Nak Bebel
Resepi : myresepi