Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Sunday, September 14, 2014

Lokasi Tempat Makan Best : Sup Power Padang Jawa


~~~~~~~~~~***~~~~~~~

Review tempat makan menarik kali ini di Sup Power padang Jawa!


Telur dadar
Ikan Bilis Goreng


dah kedai sup mesti tak kedekut sup :p


Nasi Bujang + sup + telur dadar + Ikan Bilis goreng


my all time faverettttttttttt - Sup Daging! ..
kadang makan dengan bihum , nasi atau kueyteow atau hirup saje!



Sangattt best rasa semua cukup! ..
bebudak uitm Shah Alam pun mesti tahu tempat ni..
 tutup hari isnin! 

Lepas trafik light Puspakom dr sek7 korang terus..
sampai lepas flyover masuk kiri ,
 terusss lagi , 
nanti bila korang jumpa jalan mati(jalan moto)
 kedainya belah kiri..sila bagi signal dan parkinggg! 



Yang penting sedap dan murrrrahhhhhhhh~

dah pergi doplohsembilankalilapanbelaskaliii

Friday, September 12, 2014

Lokasi Tempat Makan Best : Kidz & Creme


~~~**~~~

Review tempat makan menarik kali ini di Kidz & Creme Setia Alam !



*tuan tanah*

*menu*



*Passion Peach * Chocolate Ice*


Seafood Aglio Olio

Mee Rebus 



Kawasan baru naik, agak sunyi jika malam.. 

OUR LOCATION
No. 5 Jalan Setia Dagang
U13/AK Setia Alam
Sunsuria, 7th Avenue
40170 Shah Alam
Kuala Lumpur, Malaysia


OUR OPENING HOURS
12noon to 9pm. Tue to Fri
12noon to 10pm. Sat & Sun
Closed on Mondays


OUR CONTACT
Tel: 03 3358 8289
Email: info@kidzandcreme.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rainbow Cake Buttercream Frosting


Sharing happines thru recipe ~




Rainbow Cake 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.



Mom Buttercream Frosting [umi]

¼ cawan tepung serba guna + 
1 cawan susu segar +
 ½ cawan shortening +
 ¾ cawan gula putih +
 ½ cawan mentega,
 dilembutkan +
 2 sudu kecil vanila esen

 Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun dalam peti ais.. terus buat jer masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan vanila.



Sejukkan dalam peti~


Sedia untuk dimakan! walllahhhhh!


foto : IG - @miszyuyu
info : kek , frosting 


Alhamdulillah atas
 nikmatMu Ya Allah :)


SELAMAT MENCUBA!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


***** PENGUMUMAN*****

#sambalhitam akan dibuka order ,
sila keep in touch dengan 




MEKASEHHH~!