Sharing happines thru recipe ~
Rainbow Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai
Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Mom Buttercream Frosting [umi]
¼ cawan tepung serba guna +
1 cawan susu segar +
½ cawan shortening +
¾ cawan gula putih +
½ cawan mentega,
dilembutkan +
2 sudu kecil vanila esen
Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun dalam peti ais.. terus buat jer masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan vanila.
Sejukkan dalam peti~
Sedia untuk dimakan! walllahhhhh!
foto : IG - @miszyuyu
Alhamdulillah atas
nikmatMu Ya Allah :)
SELAMAT MENCUBA!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
***** PENGUMUMAN*****
#sambalhitam akan dibuka order ,
sila keep in touch dengan
FB : Shoppewani's
IG : shoppewanis
MEKASEHHH~!
No comments:
Post a Comment