Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Wednesday, October 23, 2013

Lokasi Tempat Makan ... Klang Central


Assalamualaikum...wbt




Ayam rempah dia memang terbaikk.. makan pula masa berbuka puasa lepas.. sedapp 5/5 bintang untuk ayam dia.. ! actually ni ayam untuk nasi lemak dia.. hehehe.. 

Okay untuk alamat terlupa nama ekdai..tetapii kedai ni betol=betol bertentangan dengan stesen bus di Klang Central..  Bahagian Sani Express tu.. hehhe selamat menjamu selera!

Saturday, October 12, 2013

Resepi : Bunga Roselle


Assalamualaikum...wbt

Haii semua... kalini nak kongsi sikit..haritu kawan opis ade bagi bunga Rosselle ni.. Bukan tak biasa tengok bunga ni tapi kan yang diluar kebiasaan lah warna nya.. selalu yang jumpa kaler merah n maroon..tpi yang ni kaler hitam /ungu hitam okehh..... amazing sangat dan excited sangat nak masak .. So saya buat syrup dan jem.. jom la tengok hasilnya..





Aku sangat jakunnnnnnnnnnnnnn melihat tumbuhan ciptaanNya ini.. Opismate aku cakap pokoknya ni besar ya amat.. so aku dah simpan biji dia untuk dicambahkan ..










Amazinggg..warna macam Ribena!.. so seiapa bernasib baek pada Raya Haji nanti aku buatkan air ni yer.. minum fresh freshhh xley simpan lama2!..


Cara-cara 

Rosselle
Air
Gula

Rebus Roselle dan masukkan gula..
Kemudian tapis serabut Roselle dan lenyek2 di atas tapis dan kacau semua atas dapur dan isikan gula untuk dijadikan jem..


Selamat mencuba!


Wednesday, October 9, 2013

Resepi : Kari Kepala Ikan Merah


Assalamualaikum..wbt

Menu resepi kali ni special giler.. khas emak saya buat..sebab saya belom lulus ujian kari nii..sobsss.. ni my mom best dish okeyyy!.. orang Penang la katakan..



Pic credit Instagram : Miszyuyu

Bahan-bahan ( 4 org )

1 ekor bhgian kpala ikan. sy pilih ikan merah sbb my fav my hhby....tp tplg la ikt citarasa sndri k....
6 sudu besar serbuk kari kpala ikan jnma baba's
4 sudu serbuk cili jenama baba's
sedikit asam jawa / asam keping (ikt selera masing2 k,sbb kari ni makin masam makin sdp n kawwww....
Sedikit serbuk kunyit
bendi - ikt selera msg2
2 biji tomato (belah 6)
2 biji lada besar warna merah (belah 2)
rempah tumis
sedikit garam
air secukupnya
santan/susu cair (bg yg suke kn lemak, tp sy xbuh sbb thn lme n lbh kawwww kari tu tanpa santan ala2 kari mamak tauuu hehe)
Daun kari - ikt keperluan n selera msg2
Cara-cara

Hiris bawang besar,bwg kecil dan bawang putih. panaskan minyak mskkn bwg kesemu bwg sehingga garing dan mskkn daun kari sehingga garing juga dan barulah mskkn rempah tumis sehingga naik bau.
Bancuhkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit bersama air asam jawa sehingga sebati. Apabila tumisan bwg dan rempah tumis agk garing boleh lah mskn bacuhan serbuk kari itu tadi.
Kacau bwang bersama bancuhan serbuk kari itu tadi sehingga msk jgn la smpi hangus plak yer hehehe....kemudian baru la mskkn sedikit air dan tggu hingga mendidih dan masak. klu yg nk mskkn santan/susu cair pun bole....
Kemudian br la mskkn kepala ikan merah td. tutup periuk/kuali sehingga kepala ikan td msk.
Kemudian br rse mskkn bhn lain, mskkn dlu lada besar warna merah, diikuti kacang bendi, dan yg last sekali tomato. baru lah nmpk agk2 da nk mskk tu leh la mskkn garam secukupnya. klu agk2 msh kurang masam blh lah mskkn 1-2 asam keping.
Klu nmpk da msk boleh la hidangkan. tp nk bg tau ni jgn la asyik gaul jer semsa msk tu tkt kepala ikan td hancur x menarik la kn...kacau kuah je bg sebati. k la tu jer yg dpt share...klu ade kkrgn sory...selamat mencoba ;)

Resepi : myresepi

Thursday, October 3, 2013

Makan makan part.2 Restoran Pulau Ketam

Assalamualaikummmm..

Dah kata pemalas.. haruslah entry basi.. kejam ke idok.. haha ni bulan lepas..masanparents aku datang tuuu.. memang akan keluar makan punye.. haruslah bukak list JJCM kann..di mana nak makann.. hahaha.. ayat duta makanan gitu.. 

So disebabkan aku kerja dan pukul7 baru balik uma , makaaa makan malam sahaja la kita belanja ye..mueheheheh.. so ke Bukt Tinggi Klang.. alamat dia aku bagi kejap lagi ye.. gambar super banyak lah kan sebab aku taw readers suka tengok gambar.. hahaha lepas tu bagi caption kat gambar.. gambar tu pulak haruslah angle yang menggiurkan.. jangan angle terjerumus dalam pinggan kan.. 

Haa nampak x ...nampak x.. aku dapat baca fikiran korang nii muehehe sebab aku ponnn dua kali lima gituuu.. ok silakannn menonton gambar dan maaf.. aku derhaka kat diet akuuu cisss.. xtahannn sebab sedapppp sangatt!! Haha over~


Pilih ikan dan segala seafood.. aku nasihatkan xpayah order ayam ke telur ke..ko datang untuk makan seafood sahaja ok!


Scary mary sipot kaler ijau tu ok.. xtaw sipot apa.. macam lumut je wakakaka.. ok udang dan sotong dia super besar xde saiz kecik u have no choice!.. kena amek minima 300gm!


Pinggan orang diet tapi dah derhaka sebab makan nasi.. 
*mata pejam sambil telan dan menyesal kemudian hari*







Mak ngan ayah..selera betol makan.. sebab rasa kat sini different dengan restoran lain2..


Kenyang Alhamdulillah.. Ada masa anakanda belanja lagi yea.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baek.. loveee u bothh so ketat3!


Alamat:
33, Jalan Batu Nilam 4,
Bandar Bukit Tinggi 1,
41200 Klang,
Selangor, Malaysia.

 (kalau nampak bangunan cash converter restoran ni belakang dia)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok selamat menjamu seleraa hahah saya dah kenyangg..
(ending cam melarikan diri)

Wednesday, October 2, 2013

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat


Assalamualaikum..wbt..


Pic Credit tu Instagram : Miszyuyu

Bahan: 
3 ekor ikan cencaru

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

Resepi : kongsiresepi

Selamat mencubaa!