Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Tuesday, June 18, 2013

Contest Mereka TAGLINE Jelitawani's


Assalamualaikum.. 

Kali ini Jelitawani's ingin mengalu-alukan anda untuk merekacipta TAGLINE untuk Jelitawani's .. Apa itu TAGLINE .. yakni deskripsi kepada perkhidmatan yang kami berikan.. Jelitawani's hanya nama brand dan kemudian tagline akan menyusul menunjukkan apa itu Jelitawani's atau apa yang dilakukan untuk menggambarkan ciri-ciri yang ada.. Ok suarat-syaratnya..



Syarat-syarat :

1 - Warganegara Malaysia (senang berurusan) , tiada had umur & jantina

2 - Perkataan haruslah minumun 2 perkataan , maksimum 3 perkataan.. Bahasa Melayu @ English

3 - Font & warna memain peranan penting , (warna hanya biru dan pink ).

4 - Perkataan yang dicadangkan haruslah melambangkan kepada apa yg Jelitawani's lakukan.. Perkataan mesti ringkas , padat dan bersahaja  .

5 - Buat entry di blog dengan meletak logo contest di atas , hanya  tulis TAGLINE cadangan anda di bawah logo kami tadi , bold dan large size .. atau

6 - Post kan logo contest di atas dan tulis TAGLINE cadangan anda bersama ke emel jelitawanis2012@gmail.com atau inbox kami di FB Jelitawani's .. mudah kan?



Tarikh tutup sehingga pihak Jelitawani's berjumpa dengan TAGLINE yang bersesuaian.
Hadiah-hadiah menarik akan diberitahu selepas 10 penyertaan .. hurry!!


Selamat mencuba!!


Like Us : Jelitawani's




p/s : first come first, winner!

Saturday, June 15, 2013

Kek Span Pandan


Assalamualaikum..

Ini resepi last year hahah yuyuk buat masa sehari sebelum raya.. so tahun ni nak buat lagi.. sedap okeh.. 1st time buat terus menjadik..gebu geban kek kiteee heeeeee.. jom tengok resepii!




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram
gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...
pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas


Selamat Mencuba!!!


resepi :myresepi
foto : Yuyuk & Photos

Saturday, June 8, 2013

Lokasi Tempat Makan Best - Booth di SACC Mall


~*~

Sejak dah tak ekrja kat SACC Mall ni dah rindu pulak aku nak makan makanan kat situ.. selalu aku beli popiah basah , waffle , dans egala homemade cakes kat situ!.. terletak dalam SACC Mall tingkat bawah sekali depan Giant.. harap ada lagi sekarang.. sebab semuanya superb..best best taw!..





Hari tu owner kek tu ada bagi contact no kat yuyu tapi dah lupa la.. so siapa nak order kek kawen ke which is nak sebiji kek boleh la pergi ek SACC Mall tu yer.. ni address!:


Sacc Mall 3f-02 Jalan Perbadanan 14/9  40000 Shah Alam
03-5510 5400

Kalau tak jumpa call encik Ariff.. hahah lama xjumpa Encik Ariff pegawai kat SACC tu.. :p

Ok daaaaa Selamat semua!