Followers

selera kampung (24) review tempat makan (23) desserts (14) western (8) Cakes (7) ayam (5) side dish (5) ikan (4) nasi (4) sambal (4) biskut (3) lokasi (3) puding (3) kuih (2)

Friday, April 27, 2012

Lokasi Tempat Makan Pilihan 4 : Aimar Char Kuey Teow


~*~




Siapa yang tak suka Char Kuey Teow memang hilang satu nikmat duniawi taw..hehehe.. sedap sangat tambah kalu mintak yang extra udang dan kerang =) wahh heaven.. Apa yang special yang Yuyu dapati di Aimar ni ialah.. mula-mula masuk boleh nampak diorang memasak taw.. lepas tu ada gantung kuali setiapa nama tukang masak..kiranya owner kuali berkenaan la.. nice kan.. lagi satu yang best nya..diorang ni akan berhenti memasak tung! tang! tung! tang! bila masuknya waktu azan berkumandang .. =) bagus kan..!

ADDRESS:
Lot 40,42 dan 44G, Jalan Opera G, u2/G, Taman TTDI Jaya.
019-5652747, 0195671079, 0195611118

*kedai ni berhampiran Esso n Shell TTDI Jaya, Shah Alam

Monday, April 23, 2012

Resepi 13 : Bihun Singapore


~*~

Bihun Singapore



Bahan-bahan ( 10 orang makan ) Yuyu buat 2 orang makan

1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

*jumlah boleh dikurangkan mengikut jumlah hidangan



Cara-cara

lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)  

*Yuyu tambah lada hitam ..so xbuat dah sambal kicap.. =)




Selamat Menjamu Selera =) 


Resepi : myresepi 


Sunday, April 15, 2012

Resepi 11 : Kari Ayam


~*~


Bahan-bahan ( 8 org )

* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 1/2 sb ketumbar
1 sb jintan halus
3 biji buah keras

* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa


Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.



Gambar : Yuyuk & Photos
Resepi : myresepi 

Friday, April 13, 2012

Lokasi Tempat Makan Pilihan 3 : Restoran Mohd Chan


~*~





Sup Sirip Yu 



Butter Prawn



Siakap 3 Rasa


Ribena Laici

mine :)



Jumpa lagi! kali ini Yuyuk nak ajak anda semua makan makanan ala-ala Cina sikitlah!.. hmmm.. pastinya kita mencari yang halal dan sahih perkara halal tu.. so ada kawan suggest kan makan di Restoran Mohd Chan! .. dekat Shah Alam ni amatla banyak cawangan Restoran Mohd Chan ni =) .. apa lagi jom bawak my parents & my siblings makan kat sini.. Kami pergi di cawangannya di Seksyen 15 Shah Alam.. =).. mudah saja nak cari tempat ni.. Spot TOYOTA / UMW dan terus sahaja ,semasa terus tu Mohd Chan di sebelah kiri anda.. nanti pusing di roundabout ye.. Maklumla Shah Alam memang kaya dengan roundabout kan. =) ok sebarang maklumat sila ke web ataupun Yuyuk lampirkan alamatnya di sini.. GPS ada kan? =).. 


Lokasi:

Restoran Mohd Chan
Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)

Wednesday, April 4, 2012

Resepi 11 : Spaghetti Bolognese


~*~



Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.


NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!


Resepi : myresepi

Resepi 10 : Lontong


~*~



Bahan-bahan ( 10 orang )

Bahan yg dikisar halus * :-
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan - jika suka
*2 sk jintan kasar - sangar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit

Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 ikat su'un - direndam
lada merah dan hijau - dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
 Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.



Resepi : myresepi

Tuesday, April 3, 2012

Resepi 9 : Laksa Johor


~*~


Bahan-bahan ( 12-15 orang )

1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan
SELAMAT MENCUBA


Resepi : myresepi

Monday, April 2, 2012

Resepi 8 : Kari Ayam


~*~


Bahan-bahan ( 8 org )

* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit

* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 1/2 sb ketumbar
1 sb jintan halus
3 biji buah keras

* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.



Resepi : myresepi